Amerika Syarikat (AS) mempersetujui perjanjian untuk menggantung yuran pinjaman Pakistan bernilai 132 juta dolar (RM612 juta), sedang negara itu bergelut dengan krisis ekonomi semakin buruk disebabkan banjir besar.<br /><br />Ekonomi Pakistan sebelum ini menghadapi krisis imbangan pembayaran, defisit akaun yang semakin melebar serta kemerosotan mata wang ke paras terendah dalam sejarah, serta inflasi yang menjangkaui 27 peratus.
